facebook akan bertukar menjadi timeline
Thursday, December 15, 2011 | 11:43 PM | 0 Words
Sebenarnya dah lama tahu pasal Timeline ni,tapi tak ambil pusing pun. Walaupun tiap-tiap hari menghadap FB, tapi cuma tengok status rakan-rakan aje, tak adalah nak usik atau tukar setting FB yang telah sedia ada.Tapi bila dapat tahu yang Timeline ini akan dilancarkan pada 22 Disember 2011, barulah nak sibuk-sibuk ambil tahu. Ada juga rakan FB yang telah mencuba Timeline ini dan bercerita tentang kebaikan dan kekurangannya. Bagi sesiapa yang hendak tahu apa itu Timeline, ini ada info dari blogpenulissenja
Di bawah ini adalah secara ringkasnya aje, kalau nak tahu lebih lanjut bolehlah ke blog beliau.
Facebook Timeline atau dalam bahasa Melayu yang bermaksud kronologi. Ia membenarkan seseorang untuk melihat segala status anda dari hari pertama anda menggunakan facebook. Facebook telah mengumumkan penggunaan facebook timeline ini secara meluas bermula pada 22 Disember 2011. Pengguna tetap tiada pilihan untuk menggunakan fungsi yang asal kerana facebook mempunyai kuasa mutlak untuk buat apa sahaja, maklumlah kita pun gunakan FB secara free aje.
Nak lihat contoh facebook timeline dan bagaimana facebook timeline berfungsi klik facebook timeline